2 Puak Jin Cetus Api Misteri

KOTA BHARU – Kejadian api misteri yang mengganggu kehidupan keluarga Zainab Sulaiman, 80, sehingga mengakibatkan rumah mereka di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini hangus dijilat api bulan lalu didakwa berpunca daripada dua puak jin yang bergaduh.

Menurut pengamal perubatan tradisional dari Selangor, Saad Jaafar, 44, dia cuba membantu keluarga Zainab dan mendakwa telah menangkap dua puak jin yang mengganggu keluarga tersebut, lapor Kosmo.

“Puak yang pertama adalah puak jin yang membakar rumah ini yang mengaku api adalah permainannya.

“Satu lagi puak pula adalah saka daripada keluarga ini sendiri. Insya-Allah selepas jin itu ditangkap tidak akan ada gangguan lagi,” katanya ketika ditemui di bekas tapak rumah tersebut di sini semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.