PERHILITAN Siasat Gambar Viral Buru Harimau

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menyiasat gambar beberapa lelaki dipercayai pemburu haram bersama bangkai seekor harimau belang yang tersebar di media sosial.

 

Ketua Pengarahnya, Abdul Kadir Abu Hashim, berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana memburu harimau belang tanpa permit khas.

 

“PERHILITAN giat mengesan individu dalam gambar terbabit dan jika sabit kesalahan, boleh didenda RM100,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.

 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung gambar terbabit diminta tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Katanya, maklumat boleh disalurkan melalui PERHILITAN Hotline di talian 1-800-88-5151 atau laman sesawang www.wildlife.gov.my. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.