Pengishtiharan Sultan Dirai, Netizen Tidak Sabar Tunggu Pembaharuan Dilaksanakan Baginda

Pengisyhtiharan Majlis Raja-Raja yang bersetuju menamakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sebagai Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya, memberi khabar gembira kerana imej yang dibawa selama ini menjadikan baginda begitu dekat di hati rakyat.

 

Tinjauan SuaraTV menerusi laman sosial mendapati netizen meluahkan perasaan tidak sabar melihat pembaharuan yang bakal dilaksanakan baginda.

 

 

Tengku Muhammad Faris Petra yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, menggunakan gelaran Sultan Muhamad ke V selepas dimahsyurkan sebagai Sultan Kelantan pada 2010.

 

 

Baginda yang kerap turun padang menyertai aktiviti kemasyarakatan bersama rakyat, antara perkara lain yang turut mendapat pujian dan sebutan ramai adalah bagaimana baginda menukar lafaz ‘Daulat Tuanku’ kepada ‘Allahuakbar’.

 

 

Sultan kelantan menukar “Daulat Tuanku” kepada “Allahuakhbar” supaya pelafaznya dapat pahala.

“Tuanku Sultan Kelantan is such a religious person with strong conviction for rakyat. He will be a real umbrella for us, Insha Allah !,”kata Dr. Rais Hussin@raishussin.

Muhd Ikram KZ @Ikram_KZ berkata, “Merafak ucapan tahniah di atas pemilihan Tuanku Sultan Muhamad V, Al Sultan & Raja Pemerintah Bg Negeri Kelantan segabai YDP Agong ke XV,”katanya.

 

Dalam pada itu, isu penolakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebagai satu yang dipetik daripada sebuah laman palsu berita sebuah negeri disifatkan sebagai khabar angin.

 

 

Sultan Ibrahim, dalam penjelasan melalui akaun Facebooknya, menafikan segala khabar angin yang tersebar. Sebaliknya, penolakan itu dibuat kerana menghormati sistem penggiliran yang sejak sekian lama diamalkan.
Sultan Muhamad V akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula 15 Disember ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.