Yaman Tidak Akan Menyerah Kalah

SANAA – YAMAN . Pemimpin pemberontak Houthi di Yaman menegaskan rakyatnya akan terus mempertahankan tanah air dan tidak akan mengorbankan maruah serta kebebasan mereka dalam menghadapi serangan berterusan Arab Saudi.

 

 

Abdul-Malik al-Houthi berkata, Washington dan Riyadh bertanggungjawab terhadap penderitaan rakyat di rantau itu, dan menyifatkan Saudi serta Israel bersatu dalam operasi serangan.

 

 

“Hari ini terdapat pencerobohan dan cubaan untuk menjajah negara ini, dan adalah penting bagi rakyat sedar bahawa ada pihak yang ingin menguasai Yaman. Semua orang mesti bergerak ke barisan hadapan,” katanya.

 

 

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap tentera Sharaf Luqman berkata, pesawat Saudi melancarkan serangan menggunakan kimia dan agen biologi di kawasan wilayah Ma’rib.

 

 

Katanya, serangan itu sekali gus menggagalkan rancangan pengikut setia bekas Presiden Abd Rabbuh Mansour Hadi, untuk menawan kembali wilayah terbabit dan mara ke ibu negara Sanaa. – Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.