Video: Parah Kena Tetak Kerana Tegur Lelaki Mabuk, Di Kepong

Kuaal Lumpur – Seorang lelaki dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan mabuk.

 

Menurut sumber kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira jam 12.00 pagi, pada Selasa, di flat PPR Intan Baiduri, Kepong.

 

 

Mangsa dikatakan telah menegur kumpulan lelaki tersebut yang dikatakan mabuk dan membuat bising sehingga menggangu penghuni di pangsapuri berkenaan.

 

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, kumpulan lelaki tersebut bertindak menyerang dan menetak mangsa dengan parang.

 

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan kiri dan kanan serta kaki sebelah kiri itu telah dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan kecemasan.

 

SuaraTV bagaimanapun, gagal menghubungi Ketua Polis Daerah Sentul untuk mendapatkan pengesahan berhubung kejadian tersebut.

 

Sementara itu rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan tersebur sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan.

 

“Ini macam punya orang jangan bagi muka kalau dapat kasi ajar dia betul-betul dalam balai. Nak sangat jadi gangster masuk lokap or penjara then kita tengok tahap gangster kau kat mana nanti. Kau relax je polis Malaysia bukan bodoh,” tulis New Muhammad Syahizzat.

 

“Tetak orang macam tebas lalang, tangkap mereka ni kemudian tetak juga. Baru rasa,” komen Khairulsabri Khairul laman micro Facebook. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.