Video: DBKL Kejam Kata Peniaga Pasar Malam Downtown Cheras

Kuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta untuk memberi lebih banyak masa kepada 650 peniaga serta penjaja kecil di Pasar Malam Downtown Cheras untuk mengosongkan tempat tersebut bagi membolehkan mereka mencari kawasan baharu.

 

Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Datuk Mohd Yunus Pathi, yang merupakan pengurus dan pentadbir Downtown Cheras berkata pihaknya kesal apabila DBKL menghantar surat notis meminta semua peniaga dan penjaja mengosongkan tempat itu sehingga 1 November ini sebelum pihaknya sempat mencari kawasan baharu.

 

 

“Kami terkejut apabila menerima notis pengosongan tersebut pada 7 Oktober lalu sedangkan kami sudah berbincang dan berunding dengan pihak DBKL agar memberi masa yang cukup untuk berpindah setelah mendapat kawasan lain untuk berniaga,” katanya yang dilapor Bernama.

 

Mohd Yunus berkata jika pihak DBKL masih mahu meneruskan tindakan notis itu, ia akan menjejaskan pendapatan para peniaga dan penjaja sepenuh masa yang kebanyakannya berpendapatan rendah untuk mencari nafkah.

 

Katanya, notis pengosongan itu dikeluar bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru Jakel yang dikatakan akan dibina di situ tidak lama lagi.

 

“Kini kami masih mencari kawasan baharu yang sesuai dan ia sedang dalam proses permohonan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak DBKL.

 

“Sebaik permohonan tempat baharu itu diluluskan, kami akan pindah serta-merta,” katanya yang tidak menamakan tempat tersebut.

 

Pihaknya menerima notis pengosongan pada 7 Oktober lalu dan notis pengosongan itu dikeluarkan bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan baharu jakel .

 

Jelasnya, jika DBKL masih mahu meneruskan tindakan notis itu, ia akan menjejaskan pendapatan peniaga dan penjaja sepenuh masa yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

 

Terdahulu sekumpulan peniaga di pasar malam tersebut mengadakan himpunan aman bagi membantah tindakan tersebut.

 

Mereka turut membawa sepanduk ‘Mana Hak Kami’, ‘DBKL Kejam’, ‘Jangan Halau Kami’.

 

Pasar malam Downtown Cheras ini telah beroperasi hampir 9 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.