Video: 5,000 Orang Sertai Himpunan Ahad Ini – Jamal

Ampang – Perhimpunan ‘Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan Caca Marba’ tetap akan diadakan pada Ahad ini.

 

Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos bagaimanapun berkata, jika pihak berkuasa berkaitan tidak memberi kebenaran untuk mengadakan himpunan itu, beliau akan mengubah keputusan itu.

 

 

“Kita sudah hantar permohonan dan sebentar lagi kami bincang dengan pihak polis, soal keputusan terpulang kepada pihak berkuasa bertanggungjawab terhadap rakyat, tunaikan janji,” katanya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, petang tadi.

 

Ditanya mengenai kelulusan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk mengadakan himpunan itu, jelasnya, pihaknya belum mendapat sebarang kelulusan.

 

“Melalui kami belum ada lagi.

 

“Saya tidak mencabar pihak polis atau pihak berkuasa, cuma ingin memberitahu 18 Oktober ini, kami tetap adakan himpunan itu,” katanya.

 

Tambahnya, beliau hanya menganggarkan 5,000 orang akan menyertai himpunan itu.

 

Himpunan itu dijadualkan berlangsung di hadapan Pusat Beli-belah Spektrum Bandar Baru Ampang dan akan diadakan di Kelana Jaya serta Subang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.