Ustaz Kazim Elias Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak

IPOH – Pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak bagi tahun 1437 Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Aman Jaya, di sini semalam.

 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyampaikan anugerah berkenaan. Mohamad Kazim menerima wang tunai RM10,000, pakej umrah, medal, plak dan hadiah iringan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

 

Beliau dipilih berikutan sumbangan besarnya dalam menyampaikan dakwah di negeri ini.

 

Sementara itu, bekas Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1999 hingga 1996, Tun Dr Ahmad Sarji Abdul Hamid pula dipilih sebagai Tokoh Ar-Ridzuan 1437.

 

Beliau yang kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) dipilih menerima anugerah berkenaan berikutan sumbangan besar beliau dalam pelbagai bidang baik ketika menjawat jawatan sebagai penjawat awam mahu pun selepas bersara. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.