SPRM Nafi Keluar Kenyataan 1MDB Tidak Disiasat

SHAH ALAM –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan kenyataan menyatakan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak disiasat.

 

 

Sebaliknya kata  Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, dalam kenyataan bertarikh 22 September 2015, SPRM hanya menyebut bahawa pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

 

 

“Malah dalam kenyataan itu, SPRM menyebut bahawa isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM.

 

 

“Perkara ini telah diperjelaskan sebelum ini termasuk menerusi satu kenyataan media SPRM bertarikh 5 Ogos lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

 

 

1MDB hari ini berkata syarikat itu tidak lagi di bawah siasatan selepas Pejabat Peguam Negara mengambil keputusan tidak mendakwa syarikat itu walaupun kertas siasatan diserahkan oleh Bank Negara.

 

 

Menurut kenyataan 1MDB seperti yang dipetik menerusi laporan sebuah portal tempatan hari ini, 1MDB dengan yakin berkata Bank Negara telah mengkaji semua dokumen berkaitan yang terkandung dalam kertas siasatan dan telah mengesahkan ‘tiada kesalahan dilakukan’ oleh badan pelaburan kerajaan itu.

 

 

Laporan itu juga menyebut bahawa 1MDB menyebut kenyataan SPRM bertarikh 22 September lalu untuk mengukuhkan dakwaannya.

 

 

“Kami harap mana-mana pihak tidak membuat kenyataan kononnya SPRM telah membersihkan pihak terbabit dalam isu 1MDB,” katanya lagi.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.