Saifuddin Abdullah Sampah Dalam UMNO – Ku Nan

Kuala Lumpur – Umno tidak akan terjejas dengan tindakan bekas ahli Majlis Tertingginya Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR hari ini kerana beliau sebelum ini tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

 

Setiausaha agung Umno itu berkata, PKR dialu-alukan mengambil bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu kerana beliau berpendapat Saifuddin tentunya seseorang yang “bermasalah”.

 

“Saifuddin bersama kita sebelum ini dan dulunya ahli Parlimen Temerloh. Kami letak dia bertanding dalam pilihan raya dulu dan dia kalah. Pastinya beliau seorang yang bermasalah,” kata menteri Wilayah Persekutuan itu.

 

“Malah, rakyat di Temerloh pun tak nak dia, jadi anda (PKR) boleh ambil dia. Kami tak nak dia. Kami tak nak semua sampah ini dalam Umno,” katanya di Putrajaya.

 

“Umno tidak ada kesan bila dia (Saifuddin) pergi. Moga Allah merahmatinya dan moga Allah merahmati PKR,” kata Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, sinis.

 

Saifuddin hari ini mengumumkan meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang PKR, memetik cara Putrajaya mengendalikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri sebagai punca membuat keputusan itu.

 

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu tidak mengejutkan kerana sebelum ini sudah menampakkan tanda-tanda awal akan meninggalkan parti itu.

 

“Dah boleh tahu dia (Saifuddin) akan keluar, awal-awal kita dah nampak gerak geri yang dia akan pergi ke pihak pembangkang.

 

“Semasa dia menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pun kita sudah nampak. Bagi saya UMNO tidak kehilangan apa-apa kerana dia tidak pernah menyumbang apa-apa untuk kita,” ujarnya.

 

Menurut Syed Ali tindakan Saifuddin yang keluar dari UMNO dan menyertai PKR hanyalah kerana beliau inginkan jawatan di dalam PKR selain berhasrat untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

 

“Beliau beranggapan BN akan kalah pada PRU14, sebab itu dia nak lompat jadi ahli PKR, nak jadi calon. Kerana dia tahu jika bersama UMNO, beliau tidak akan dapat. Ini orang yang gilakan jawatan,” katanya.

 

Saifuddin juga meletakkan sebagai alasan, kurangnya kesungguhan parti Melayu pemerintah itu melaksanakan perubahan politik dan pembaharuan institusi – 2 perkara yang dekat di hatinya.

 

Katanya, walaupun ada parti lain yang turut mempunyai platform pelbagai kaum, Saifuddin berkata beliau tertarik hati dengan PKR.

 

Selain itu, katanya, pakatan pembangkang berkongsi matlamat dan cita-cita sama, iaitu memperjuangkan Malaysia yang lebih baik.

 

Dengan langkah terbaru ini, bekas ahli Parlimen Temerloh itu akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif di Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

3 thoughts on “Saifuddin Abdullah Sampah Dalam UMNO – Ku Nan

  • October 12, 2018 at 8:20 pm
    Permalink

    Kau kudis buta parti korup?? Ph twrbaik tun bagus..pasal tu kau semua bungkus?? Parti rosak!!!!

    Reply
  • October 12, 2018 at 8:22 pm
    Permalink

    Beras bagi penduduk btr ada gambar kau..apa rasuah kan??? Tu bukan raduah ker???

    Reply
  • October 12, 2018 at 8:23 pm
    Permalink

    Kata org.. taik kat kaki tk tau?? Poorah..haprak??? Busuk kotor jijik keji..korup

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.