Saifuddin Abdullah Dijangka Akan Masuk PKR Esok

Kuala Lumpur – Bekas ahli parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) esok.

 

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, penyertaan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu akan diumumkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail ketika sidang media khas yang akan diadakan di ibupejabat parti itu, pada Khamis.

 

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkannya tetapi tidak menolak secara pasti.

 

“Pengumuman esok. Saya tak kata ya atau tidak,” katanya ketika ditanya sama ada orang itu Saifuddin.

 

Terus diasak beliau berkata tidak dapat membuat sebarang kenyataan tetapi memberi bayangan individu itu tewas dalam pilihan raya umum lalu.

 

“Beliau kalah dalam pilihan raya umum lalu,” katanya sambil ketawa.

 

Sementara itu menurut portal Awani bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu telah menafikan berita .

Dalam satu mesej WhatsApp kepada Astro AWANI, Saifuddin menulis ringkas, “Tidak, saya tidak (menyertai PKR). Terima Kasih.” ujarnya ringkas sebagai berkata kepada portal tersebut.

 

Saifuddun sebelum ini kecundang di tangan calon PAS Nasruddin Hasan di Temerloh.

 

Penyertaan Saifuddin ke parti pembangkang itu mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp pada, petang Rabu lalu, namun SuaraTV gagal menghubungi beliau untuk pengesahan.

 

Saifuddin baru-baru ini diberikan surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.