Peluru Berpandu BUK Jatuhkan MH17 Bukan Kepunyaan Rusia

KUALA LUMPUR – Kajian oleh Rusia mendapati peluru berpandu BUK 9M38M1 yang menjatuhkan pesawat MH17 merupakan peluru berpandu yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh tentera negara itu sejak 2011.

 

Duta Rusia di Malaysia, Valery N Yermolov berkata, peluru BUK daripada Rusia pada ketika ini tidak meninggalkan kesan serpihan ledakan bentuk ‘rama-rama’ sebagaimana yang ditemui pada bangkai pesawat MH17.

 

Katanya, walaupun peluru BUK versi lama tidak dimiliki Rusia namun beberapa negara bekas Soviet Union memilikinya selain negara Greek.

 

“Rusia sentiasa sedia bekerjasama dengan Malaysia serta negara-negara anggota penyiasat yang lain untuk mencari dalang di sebalik jenayah ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.