Lelaki Tiba-Tiba Bernafas Di Meja Bedah Siasat Sebelum Mati Semula

Mumbai – Sekumpulan doktor dan petugas hospital mendapat kejutan yang ‘menyeramkan’ apabila jasad seorang lelaki yang hendak dibedah siasat, tiba-tiba kembali bernafas.

 

Pada Ahad lalu, lelaki gelandangan tersebut telah disangkakan mati sewaktu dihantar ke sebuah hospital di Mumbai.

 

Dikenali hanya dengan nama Prakash, dia ditemui polis dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat mengalami pelbagai jangkitan kuman.

 

Insiden mengejutkan itu berlaku ketika proses autopsi baru hendak dimulakan.

 

Sejurus petugas perubatan sedar akan situasi itu, lelaki tersebut segera dikejarkan ke unit rawatan rapi.

 

Namun begitu, lelaki berkenaan tidak dapat bertahan akibat komplikasi jangkitan yang dialaminya dan akhirnya telah benar-benar disahkan meninggal dunia.

 

Pada masa sama, pihak polis dan doktor saling menuding jari kerana tidak mahu menanggung kesilapan diagnosis ketika kali pertama jasad lelaki itu dibawa ke hospital.

 

Seorang doktor kanan di Hospital Lokmanya Tilak yang enggan namanya didedahkan, memaklumkan bahawa punca kematian hanya dapat diketahui selepas proses bedah siasat.

 

Di Mumbai, pihak polis sering kali berdepan dengan kes mayat yang tidak dituntut manakala pihak media sering melaporkan mengenai rumah mayat yang sesak sehingga tiada tempat untuk meletakkan mayat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.