Lanun Cuba Tawan Kapal Tangki Di Selat Melaka

Johor Bahru – Sekumpulan lanun dilaporkan telah berjaya menaiki sebuah kapal tangki, MT Almi Spirit ketika ia melepasi Selat Singapura pada Khamis.

 

Bagaimanapun percubaan itu berjaya dipatahkan.

 

Kejadian itu disahkan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menerusi catatan akaun twitter beliau.

 

“Almi Spirit dinaiki 6 perompak di Selat Singapura 7am tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor,” tulisnya yang kemudian dilapor Bernama.

 

 

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.