Jenazah Firdaus Dikebumi Selepas Zohor

SEREMBAN – Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, 16, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Mohd. Said dekat sini selepas solat zuhur hari ini.

 

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Zulkefli Ramli berkata, jenazah kini dibedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar dan selepas selesai akan dibawa ke Masjid Negeri untuk disembahyangkan.

 

Katanya, pihaknya mendapat kebenaran ibu remaja kurang upaya itu, Lolanopita Sadi, 41 untuk menguruskan jenazah anaknya.

 

“Kita telah mengadakan majlis tahlil untuk arwah di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan di sini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.