Jangan Guna Istilah ‘Retis’ – Beto Kusyairy

Kuala Lumpur – Pelakon berkaliber, Beto Kusyairy meminta agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya menggunakan istilah ‘retis’ sebagai singkatan untuk gelaran ‘artis’.

 

Ini kerana kata Beto, istilah tersebut boleh disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan dan kutukan.

 

Perkara itu dijelaskan Beto menerusi status yang dimuat naik ke akaun Twitter.

 

Tambah Beto, khalayak sepatutnya mengambil tahu tentang satu-satu istilah atau perkataan yang digunakan dan tidak hanya mengikut apa yang diperkatakan tanpa mengetahui asal-usulnya.

 

Pendapat Beto itu dipersetujui oleh rakan artis, pelakon Izara Aishah yang menganggap istilah retis itu kekampungan dan tidak sesuai digunakan.

 

Istilah ‘retis’ sering digunakan masyarakat dan dianggap ramai sebagai istilah bahasa pasar untuk gelaran artis. – Astro Awani

One thought on “Jangan Guna Istilah ‘Retis’ – Beto Kusyairy

  • October 15, 2015 at 9:09 am
    Permalink

    Memang orang nk kutukpun, sape suruh hg jd retis…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.