APMM Tahan Kapal Tangki Dinaiki 6 Perompak

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki yang dinaiki enam perompak di perairan Tanjung Pelepas di sini, pagi tadi.

 

Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, berkata kapal Tangki ALMISPIRIT dari perairan Singapura itu dipintas kira-kira jam 7 pagi.

 

Katanya, kapal berkenaan dipintas dua aset APMM iaitu KM Rawa dan Bot Kilat di perairan Tanjung Pelepas. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Twitternya, hari ini.

 

Bagaimanapun, jurucakap APMM Johor memaklumkan perkembangan dan maklumat lanjut berhubung penahanan kapal berkenaan akan dimaklumkan pada sidang media yang dijangka diadakan pada petang ini. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.