Video: Nelayan Singapura Tangkap ‘Alien’ Laut?

Singapura – Seorang nelayan pantai di Pulau Sentosa, Singapura baru-baru ini dilaporkan menemui sejenis makhluk aneh seperti timbunan cacing atau sotong.

Nelayan terbabit, Ong Han Boon, 54 dilaporkan sering ke lokasi penangkapan ikan kegemarannya bagi aktiviti memancing ikan dengan harapan memperoleh hasil yang lumayan.

Bagaimanapun, ketika sedang menunggu pukatnya dipenuhi tangkapan, dia dikejutkan dengan pergerakan pada pukatnya.

Malah, sebaik menarik pukatnya keluar dari air dia begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya iaitu hampir 100 sesungut umpama tangan seperti sotong atau tapak sulaiman yang bergerak-gerak.

Menurut, Han Boon sebelum ini dia ada menemui beberapa benda pelik, tetapi bukan dari laut.

Bagaimanapun, makhluk seperti ini memang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

“Ia kelihatan seperti alien atau mutan,” katanya.

Sehubungan itu, Han Boon memuatnaik video makhluk aneh itu dengan harapan ada pihak yang akan tampil memaklumkan apa sebenarnya yang masuk ke pukatnya itu.

Malah, Han Boon berkata dia juga sudah bertanyakan kawan-kawannya tetapi tiada sesiapa yang tahu, manakala pencarian menerusi Internet juga belum mendapat sebarang jawapan.

“Jadi, jika tiada siapa yang dapat memberitahu apa sebenarnya yang saya tangkap, mungkin ia makhluk asing atau saya menemui spesis mutan hidupan laut,” katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat penonton Youtube menafikan benda yang ditemui itu merupakan mahkluk asing, sebaliknya ia merupakan hidupan laut yang dikenali sebagai ‘basket stars’.

One thought on “Video: Nelayan Singapura Tangkap ‘Alien’ Laut?

  • October 16, 2014 at 8:08 am
    Permalink

    its basket stars..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.