Tenis: Ferrer tekad buru tiket ke ATP Final London

VIENNA: Jaguh tenis Sepanyol, David Ferrer jelas bertekad untuk layak beraksi di kejohanan Final Jelajah ATP di London apabila memutuskan untuk beraksi di Terbuka Vienna buat pertama kali dalam tempoh sepuluh tahun.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang diletakkan pilihan utama di Austria membutuskan untuk beraksi bersama pemain Britain, Andy Murray dalam usaha memburu tempat di kejohanan penutup tirai tenis tahun ini pada November.

Ferrer dan Murray ketika ini berada di kedudukan kesembilan dan ke-10 dunia memburu tiga tempat terakhir pada aksi di London yang menampilkan lapan pemain terbaik dunia.

Pemain Kanada, Milos Raonic yang beraksi di Moscow, Russia berada di kedudukan kelapan dengan Ferrer hanya ketinggalan 35 mata manakala Murray 95 mata.

Ferrer yang dijadual menentang sama ada Simone Bolelli atau Tobias Kamke selepas mendapat bye pada pusingan pertama berkata ia akan menjadi perebutan sehingga penamat untuk memastikan tempat ke kejohanan elit itu.

“Sudah tentu ia adalah matlamat saya, saya beruasaha untuk mendapatkannya,” kata Ferrer yang tewas kepada Novak Djokovic di suku akhir Shanghai, minggu lalu. “Ia penting buat saya.

“Kami tidak memiliki begitu banyak kejohanan lagi ketika ini. Kami hanya mempunyai tiga kejohanan berbaki sebelum ke London.”

Murray yang diletakkan sebagai pilihan kedua pula akan menentang pemain Kanada, Vasek Pospisil yang menewaskan pemain Jerman, Daniel Brands 6-3, 6-7 (3/7), 7-6 (7/2).

Antara yang sudah mengesahkan tempat ke London ialah Novak Djokovic, Roger Federer, Rafael Nadal, Stan Wawrinka selain Marin Cilic yang muncul pemenang di Grand Slam tahun ini.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.