Pizza Hut Mohon Maaf Hina Wanita Gemuk

Singapura – Restoran makanan segera, Pizza Hut Singapura memohon maaf kepada seorang pelanggan yang menerima tulisan ‘Pink Fat Lady’ (Wanita Gemuk Merah Jambu) dalam resit pembelian yang diterima.

Portal Metro UK melaporkan kejadian berlaku ketika pelanggan berkenaan, Aili Si, mengambil pesanan melalui bahagian pandu lalu di sebuah cawangan francais berkenaan di Bukit Merah, Singapura, Ahad lalu.

Kesal dengan layanan ‘kurang sopan’ oleh kakitangan restoran tersebut, Aili Si memuat naik status serta gambar resit pembelian di laman Facebook, Pizza Hut Singapore’s dengan kapsyen “Rasa terhina”.

“Adakah salah menjadi individu yang mempunyai saiz badan lebih besar? Saya pelanggan dan saya membayar untuk pizza itu!

“Saya tidak fikir ia adalah kelakuan yang baik daripada kakitangan anda dengan menulis sebegitu.

“Saya tidak mendapatkan pizza tersebut secara percuma!” tulisnya.

Status berkenaan telah menjadi viral di media sosial menyebabkan restoran makanan segera berkenaan tampil memohon maaf dengan menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.

“Kejadian ini bertentangan dengan nilai-nilai korporat kami dan kami tidak membenarkan kelakuan atau tindakan yang menyinggung perasaan orang,” kata Pizza Hut dalam kenyataan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.