Permata Buat Laporan Polis Berhubung Artikel Fitnah Keadilan Daily

Putrajaya – Permata, sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam sebuah portal yang didakwa menjejaskan imej dan kredibiliti agensi itu.

Menurut Permata, laporan itu dibuat seorang pegawainya di Balai Polis Presint 7 di sini hari ini.

Agensi itu mendakwa artikel bertajuk ‘Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta’ yang dimuat naik portal itu pada Ahad lepas, telah memburukkan nama baik pegawai Permata yang bertanggungjawab menguruskan peruntukan agensi itu.

Selain itu, ia juga memburukkan nama penaung program Permata yang juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Agensi itu berharap polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab memuat naik artikel itu. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.