Pencuri Ketagih Bau Kaki Wanita

New York – Seorang pencuri yang dipercayai gian bau kaki wanita, bertindak mencuri kasut daripada wanita di beberapa stesen kereta api bawah tanah di bandar raya berkenaan.

Menurut polis, semua kejadian aneh itu berlaku di stesen kereta api di Brooklyn, New York, ketika mangsa sedang menunggu ketibaan kereta api.

Menurut laporan AFP, beberapa wanita memberitahu polis, pencuri berkenaan bertindak mendekati mereka, sebelum menanggalkan kasut daripada kaki mereka yang sedang berdiri atau duduk menunggu kereta api.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan, lelaki yang berpakaian gelap dan bertopi hitam itu menghampiri wanita dari belakang dan mencuri kasut mangsa, sebelum melarikan diri.

Menurut Jabatan Polis New York, dua wanita mengenal pasti suspek adalah lelaki sama yang terbabit dalam kejadian itu.

“Suspek hanya berminat kepada kasut kanan, tanpa mengira ia bertumit tinggi, kasut sukan atau kasut biasa, kerana dia sukakan semuanya.

“Pencuri ini mungkin ketagih bau kasut wanita,” kata seorang anggota polis.

Kali terakhir lelaki itu mencuri kasut ialah di stesen kereta api Coney Island, minggu lalu, apabila dia merampas kasut sukan seorang wanita, ketika mangsa menaiki tangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.