Najib Ucap Tahniah Kepada Pendebat UiTM Atas Kemenangan Mereka

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pendebat Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana menjuarai Kejohanan Debat Parlimen British Asia baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata beliau berharap kejayaan ini akan memberi galakan kepada pasukan itu untuk menampilkan persembahan terbaik pada Kejohanan Debat Antara Universiti Dunia akan datang.

“Tahniah kepada pendebat-pendebat kita dari UiTM kerana memenangi Kejohanan Debat Parlimen British Asia, kali kedua pasukan dari Malaysia menjuarai kejohanan ini,” kata Najib menerusi entri dalam laman Facebook beliau hari ini.

Pelajar tahun ketiga jurusan undang-undang Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron, 21, dan Rafiq Saladdin Omar Salahuddin, 22, diumumkan sebagai juara selepas menewaskan Nanyang Technology University dari Singapura, Institute of Business Administration (IBA) Dhaka dari Bangladesh dan satu lagi pasukan dari UiTM pada peringkat akhir.

Ini kali kedua pasukan Malaysia merangkul gelaran juara sejak kejohanan itu bermula pada 2009, apabila dimenangi oleh Universiti Multimedia (MMU).

Kejohanan itu berlangsung dari 2 hingga 9 Okt dan dihoskan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMas), Kuching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.