Lintah Bersarang Dalam Hidung

London – Seorang pengembara mengalami pendarahan dalam hidung selama beberapa minggu, sebelum menyedari ia berpunca daripada seekor lintah dalam hidungnya.

Menurut laporan The Telegraph, Daniela Liverani pada mulanya menganggap ia hanya pendarahan biasa, disebabkan kemalangan motosikal yang dialaminya.

Dia kemudiannya meneruskan pengembaraan di sekitar negara Asia.

Selepas kembali ke kediamannya di Edinburgh, Liverani mengesan satu objek yang disangkanya darah beku.

Penuntut berusia 24 tahun itu cuba membuang ‘darah beku’ itu daripada hidungnya, sebelum menyedari ia adalah seekor lintah.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital, sebelum doktor membuang lintah berkenaan daripada hidungnya.

“Saya sangat sengsara ketika itu. Saya dapat rasakan lintah berkenaan mencengkam dinding hidung saya, ketika doktor cuba menariknya keluar.

“Selepas seketika, kesakitan itu hilang dan saya nampak lintah berada di penyepit yang digunakan doktor,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.