Lelaki Maut Digilis Komuter

Kuala Lumpur – Seorang lelaki maut selepas dilanggar komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) di landasan Simpang Batu Segambut dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kejadian kira- kira jam 5.50 menyebabkan kedua- dua bahagian kaki iaitu paha mangsa, putus dipercayai digilis kereta api.

“Kami masih mengenalpasti identiti mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

“Siasatan juga akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa berkenaan,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.