KLIA Menang Anugerah Lapangan Terbang Besar Terbaik

Kuala Lumpur – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai pemenang Anugerah Lapangan Terbang Besar Terbaik oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA) yang berpejabat di Sydney.

Anugerah itu yang sekali gus meningkatkan status KLIA dalam industri penerbangan dunia, disampaikan pada Sidang Kemuncak Penerbangan Asia dan Kongres Syarikat Penerbangan Kos Rendah, anjuran CAPA, di Singapura, semalam.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd, Datuk Badlisham Ghazali yang menerima anugerah itu berkata, perakuan ke atas KLIA sebagai lapangan terbang utama paling pesat berkembang di Asia Pasifik, dibuktikan menerusi pertumbuhan 19 peratus pergerakan penumpang tahun lalu.

“Dari segi pertumbuhan penerbangan, kawasan Asia Pasifik berkembang pesat dengan separuh daripada pertumbuhan trafik udara dunia dalam tempoh 20 tahun akan datang dijangkakan datang dari kawasan ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Badlisham berkata, Malaysia Airports merancang meningkatkan usaha sama dengan syarikat-syarikat penebangan dan kerajaan bagi membawa lebih banyak trafik ke Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.