Grand Prix Australia Jadi Pembakar Semangat Zulfahmi

Kuala Lumpur – Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin ingin menjadikan Grand Prix Australia pada hujung minggu ini sebagai pembakar semangat menjelang perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang nanti.

Muhammad Zulfahmi berkata, perlumbaan di Litar Philip Island tersebut bukan sesuatu yang mudah, berdasarkan rekodnya sebelum ini, namun beliau berikrar untuk melupakannya dan mempamerkan prestasi terbaik musim ini di pusingan 16 kejohanan dunia Moto3 tersebut.

Menurut pelumba pasukan Ongetta AirAsia berkenaan, misi pada perlumbaan berkenaan adalah untuk menamatkan saingan pada kedudukan 15 terbaik, sekalipun terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca yang berangin dan sejuk.

“Pusingan kelayakan pada hari Sabtu juga sangat penting untuk memastikan mendapat keputusan perlumbaan yang baik, sekaligus menjadi pembakar semangat yang sempurna menjelang perlumbaan di laman sendiri pada hujung minggu depan di Sepang.

“Grand Prix Malaysia merupakan saingan yang paling penting dan utama bagi saya dan pasukan pada musim ini dan saya berhasrat untuk melakukan yang terbaik di Sepang,” katanya.

Tambahnya lagi, keputusan yang baik di Grand Prix Australia akan merangsang peminat tempatan untuk datang ke Sepang dan menyokong saya dan pelumba Malaysia yang lain.

Jelasnya, dengan sokongan dan sorakan inspirasi daripada penyokong tempatan, ia boleh menjadikan 2014 Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand sebagai yang terbaik dan paling diingati dalam sejarah penganjuran perlumbaan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.