Gadis Dirogol Kenalan WeChat

Kuching – Tindakan berani mengatur pertemuan kali pertama dengan lelaki yang baharu dikenali menerusi Wechat membawa padah apabila seorang gadis dari Baram menjadi sasaran memuaskan nafsu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku dalam sebuah kereta di Jalan Astana di sini sekitar 11 malam kelmarin.

Menurut sumber, pelajar yang menyewa rumah di atas kedai Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) itu dikatakan baharu berkenalan dengan suspek menerusi aplikasi Wechat yang kemudiannya mengajaknya berjumpa.

“Suspek pada awalnya berjanji mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar, tetapi suspek telah membawa mangsa ke Jalan Astana.

“Bagaimanapun, suspek kemudian bertindak membuka seluar lalu merogol mangsa di tempat duduk belakang kereta,” kata sumber.

Difahamkan, suspek menghantar wanita terbabit pulang setelah melepaskan nafsu serakahnya.

Mangsa kemudian meluahkan detik hitam dalam hidupnya itu kepada rakannya yang kemudian menghantarnya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kes sedang disiasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.