Dua Kru Bot Nelayan Vietnam Cedera Ditembak Di Perairan Kudat

Kota Kinabalu – Dua anak kapal sebuah bot nelayan milik warga Vietnam cedera dipercayai ditembak di perairan antara Pulau Banggi, di Kudat dan Kagayan di Filipina.

Difahamkan, ketika kejadian pada awal pagi ini, bot terbabit dinaiki 10 nelayan termasuk tekong sedang menangkap ikan di perairan berkenaan sebelum tiba-tiba ditembak.

Bot nelayan terbabit kemudian meneruskan pelayaran ke perairan Kota Kinabalu sebelum berlabuh di jeti Pasukan Polis Marin di sini, untuk mendapatkan bantuan.

Kedua-dua mangsa kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2, di sini untuk rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.