Detik Cemas, Sekumpulan Kanak-Kanak Terperangkap Ketika Memancing

Kulaijaya – Sekumpulan kanak-kanak menempuh detik cemas kira-kira sejam apabila terperangkap ketika memancing di tebing parit bawah sebuah jambatan akibat air melimpah di Indahpura, di sini petang tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, semua mereka yang berusia antara lapan hingga 14 tahun itu berjaya diselamatkan pihak bomba.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulai, Mohd Firdaus Juritah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 4 petang sebelum tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sebuah jentera bersama sembilan pegawai operasi dan anggota bergegas ke lokasi dan operasi menyelamat berjalan lancar tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

“Semua kanak-kanak yang berteduh ketika hujan di bawah jambatan sebelum terperangkap berikutan paras air yang naik mendadak itu berjaya diselamatkan dan operasi ditamatkan pada jam 4.55 petang,” katanya.

Semua mangsa itu hanya dikenali sebagai Mohd Nor Haikal, 8; Mohd Aqasha Rashid, Fazril Fahmi, Ahsani Taqwin, Mohamad Shahrul Arifin dan Muhamad Nor Fikri yang berusia 13 tahun serta Muhammad Azrol Ashrad, 14.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.