Awie Kemukakan Permohonan Beri Masa Lengkapkan Dokumen Forensik

Kuala Lumpur –  Pihak pendakwa raya kes penyanyi Awie yang didakwa mencederakan isterinya, Rozana Misbun, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Selasa supaya diberi lebih masa untuk melengkapkan dokumen berhubung laporan forensik kes tersebut.

Timbalan pendakwaraya, Goh Ai Rene memberitahu mahkamah, pihaknya perlu membuat beberapa penambahan pada dokumen sedia ada bagi menyokong kes tersebut.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 4 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.

Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.