Al-Fatihah: Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Adik kepada bekas Perdana Menteri ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn, Lt Jen Datuk Jaafar Onn, 81, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor kira-kira 7.45 malam ini.

Menurut jurucakap media Kementerian Pertahanan, Allahyarham Jaafar yang juga bekas Timbalan Panglima Tentera Darat akan dikebumikan Rabu di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas solat Zuhur.

Jaafar dilahirkan pada 3 Mac 1933 di Singapura, meninggalkan seorang isteri Datin Wan Fatimah Abdullah dan dua orang anak.

Jaafar menyertai tentera pada tahun 1952 dan bersara pada 1983.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ngee Heng dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, sebelum melanjutkan pengajian di bidang ketenteraan di Officer Cadet School (OCS), Eaton Hall Cheshire, England (1953); Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), England (1955); British Staff College, Camberly,
England (1962); dan Royal College Defence Studies (RCDS), England (1978).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.