Video: Viral Raja Permaisuri Agong Singgah Berhenti Makan Mi Bandung

SHAH ALAM – Seorang pemilik kedai makan dipercayai di Kuantan, Pahang bertuah kerana menerima kunjungan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mahu menikmati mi bandung.

Menerusi dua video yang dikongsi di laman sosial Twitter @madihahrosdi, dalam keadaan hujan renyai-renyai kereta putih dinaiki Tunku Azizah yang diikuti konvoi pengiring berhenti di hadapan kedai tersebut.

“Ada mi bandung tak?” tanya Tunku Azizah dari dalam kereta.

Kedengaran suara memberitahu mi bandung dijual di kedai tersebut dan respon Tunku Azizah sangat mengejutkan.

“Nak makan di situ,” titah baginda sebelum keluar dari kereta.

Menurut Nur Madihah, dia tidak menyangka dapat berjumpa dengan Raja Permaisuri Agong.

“Alhamdulillah, berpeluang akhirnya jumpa Agong dan Permaisuri. Siap singgah di kedai makan kami.. selalu tengok orang je,” ciap Nur Madihah di Twitter.

Katanya, dia juga tidak menyangka Tunku Azizah turut meminta resipi mi bandung yang dijual di gerainya.

“Janji tau ambil nombor telefon dia,” titah Tunku Azizah yang mahu resipi hidangan itu dikongsi oleh pemilik kedai tersebut.

“Cute jer Permaisuri minta resipi,” kata Nur Madihah.

Video tersebut diulang kicau lebih 19,000 kali dan tanda suka.

Dua video berkenaan ternyata mengubati kerinduan netizan selepas Tunku Azizah bertindak menyahaktifkan akuan Twitternya sejak Rabu lalu.

Bagaimanapun, akaun Twitter @cheminahsayang itu diaktifkan semula pada Sabtu tetapi dinyahaktifkan semula pada Ahad.

“Bestnya dapat jumpa king dengan queen Malaysia,” ujar @FaridHazwan8.

“Ada mi bandung tak?” hahaha cute jer tanya dari tingkap macam tu,” ciap @anatyshazlin.

Fieeza Maskom pula berkata, “mesti terketar-ketar nak siapkan mee bandung itu,” ciapnya. – Sinar

Lain-lain berita;
Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

DAP Bimbang Kerjasama UMNO, PAS Bakal Gugat PH – Dr Teo Kok Seong

Hanya Hantu Penjajah & Melayu Kuda Tunggang Benci Perpaduan Ummah – Abdul Hadi

Kenyataan Lim Guan Eng Menghasut, Bakar Kebencian Kaum – Wee Ka Siong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.