PH Pertikai Kerjasama, Dakwa UMNO dan PAS Akan Cetus Perkauman Melampau

SUNGAI BULOH — Pakatan Harapan (PH) Selangor menyuarakan rasa bimbang berikutan akan wujud gerakan politik perkauman ‘melampau’ di negara ini dengan penyatuan kerjasama politik antara Umno dan PAS.

Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari berkata perkara itu boleh berlaku menerusi piagam yang dimaterai antara dua parti politik berkenaan, semalam.

“Mereka akan mencipta politik perkauman dan (berlaku) gerakan politik perkauman melampau.

“Saya bimbang itu berlaku walaupun mereka ada asas perlembagaan tetapi saya harap mereka tidak melampau dalam mengetengahkan perjuangan politik mereka, “ katanya.

Terkini! Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

Terkini! Video: Viral Raja Permaisuri Agong Singgah Berhenti Makan Mi Bandung

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Rumah Selangorku, Hibiscus 3, kepada 270 pemilik rumah dalam satu majlis di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata penyatuan dua parti politik terbesar orang Melayu pada Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur semalam, turut disifatkan tidak asli untuk orang Melayu.

“Mereka sebagai sebuah parti layak bergabung dan masing-masing ada misi politik masing-masing.

“Tetapi penyatuan itu dan konteks mereka itu bukan asli sebab bagi saya orang Melayu pun ada dalam parti lain-lain di negara ini,” katanya.

Umno dan PAS dilaporkan memeterai perjanjian kerjasama itu yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional dengan ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid (Umno) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS). — Bernama

Lain-lain berita;

Lim Guan Eng Jangan Meroyan Sangat Dengan Kempen Produk Muslim, Bumiputera

Video: Hari Ini Dalam Sejarah, Lagu Rasmi UMNO, PAS Berkumandang Di PWTC

Hanya Hantu Penjajah & Melayu Kuda Tunggang Benci Perpaduan Ummah – Abdul Hadi

Bob Lokman Teruja Penyatuan Kerjasama UMNO dan PAS Jadi Kenyataan

Muafakat Nasional Pilihan Utama Ganti Kerajaan Kakistokrasi

Mat Sabu Dakwa PH Tak Terjejas Dengan Kerjasama UMNO dan PAS

Gema Laungan Takbir Sambut Kerjasama Rasmi UMNO, PAS

One thought on “PH Pertikai Kerjasama, Dakwa UMNO dan PAS Akan Cetus Perkauman Melampau

  • September 15, 2019 at 8:44 am
    Permalink

    We support 💯% muslim product.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.