Mat Sabu Dakwa PH Tak Terjejas Dengan Kerjasama UMNO dan PAS

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mendakwa kerjasama antara UMNO dan PAS tidak mampu untuk menjejaskan Pakatan Harapan (PH) apatah lagi menguasai pentadbiran negara.

Dipetik dari laporan Astro Awani, Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu mendakwa gabungan kerjasama dua parti terbesar orang Melayu itu hanya mampu memberi kesan terhadap PH di peringkat awal sahaja.

“Mengganggu sekarang, tapi tiga tahun lagi saya yakin dia akan semakin kurus. Sebab saya tak nampak gabungan dua parti itu boleh mengambil alih Malaysia,” kata Mat Sabu penuh yakin.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kekuatan gabungan kerjasama UMNO dan PAS akan mengugat PH di kawasan majoriti pengundi Melayu, namun tetap yakin PH akan terus memerintah Malaysia.

“Ertinya kalau mereka terus kuat mereka akan menang banyak kerusi, (namun) Pakatan Harapan (tetap) memerintah Malaysia tetapi kerusi-kerusi Melayunya (PH) akan kurang,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Mat Sabu merayu kepada pengundi Melayu supaya memberi keyakinan kepada PH pada pilihan raya umum akan datang.

“Oleh itu kita akan merayu kepada masyarakat, kita mahu orang Melayu banyak dalam Pakatan Harapan dan kerusi-kerusi parlimen banyak dimenangi oleh orang Melayu untuk memberi kerajaan yang seimbang kepada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Semalam, UMNO dan PAS secara rasmi memeterai piagam kerjasama Muafakat Nasional serentak dengan Himpunan Penyatuan Ummah #HPU914 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang memfokuskan agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

Piagam Muafakat Nasional itu ditandatangi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaksikan puluhan ribu orang ramai yang membanjiri Dewan Merdeka sehingga melimpah ke luar bangunan PWTC. – SuaraTV

Lain-lain berita;

Anak Didakwa Kes Dadah, Mat Sabu Yakin Imej Sebagai Menteri Tak Tercalar

Mat Sabu Enggan Jawab Pendedahan Dokumen Wang RM800,000 Yang Diterima Pegawainya

Isu Isytihar Perang, Mat Sabu Tampil Pertahan Lim Guan Eng

PH Pertikai Kerjasama, Dakwa UMNO dan PAS Akan Cetus Perkauman Melampau #HPU914

Hanya Hantu Penjajah & Melayu Kuda Tunggang Benci Perpaduan Ummah – Abdul Hadi #HPU914

Gema Laungan Takbir Sambut Kerjasama Rasmi UMNO, PAS #HPU914

Video: Hari Ini Dalam Sejarah, Lagu Rasmi UMNO, PAS Berkumandang Di PWTC #HPU914

One thought on “Mat Sabu Dakwa PH Tak Terjejas Dengan Kerjasama UMNO dan PAS

  • September 15, 2019 at 9:27 am
    Permalink

    Mat sabu mcm terasa TERJEJAS SAJA? Hati kecilnya dah berdebar la tu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.