Liverpool Berjaya Bangkit Tewaskan Newcastle United

LONDON – Liverpool bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Newcastle 3-1 di Anfield sebentar tadi.

Skuad kendalian Steve Bruce bermula baik apabila mendahului permainan seawal minit ketujuh menerusi Jetro Willems yang menerima hantaran Christian Atsu.

Bagaimanapun anak buah Jurgen Klopp bangkit menyamakan kedudukan menerusi Sadio Mane pada minit ke-28 hasil gerakan Andy Robertson.

Mane meletakkan Liverpool di depan lima minit sebelum rehat selepas mendapat umpanan pemain gantian Roberto Firmino.

Bersambung babak kedua, Liverpool terus mengasak kubu pelawat dan Mohamed Salah memastikan kemenangan pada minit ke-72 hasil gerakan satu dua dengan Firmino.

Liverpool kini adalah pasukan ketiga memenangi 14 perlawanan berturut-turut dalam liga tertinggi Inggeris itu selepas Arsenal dan Manchester City (dua kali). – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.