Lim Kit Siang Gelabah Macam Dirasuk Hantu Tengok Penyatuan Ummah – Najib

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang disifatkan terlalu menggelabah semacam dirasuk hantu apabila melihat penyatuan ummah yang melibatkan kerjasama rasmi antara UMNO dan PAS.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian susulan kritikan Lim Kit Siang yang mempertikaikan kerjasama tersebut.

“MenHEN (Lim Kit Siang – Menteri Hal Ehwal Najib) dah mula meroyan dengan Penyatuan Ummah semalam.

“Dia mungkin lupa dia pernah berpakat dengan PAS. Cuba tanya dia tentang surat yang Guan Eng tandatangan bulan April 2013 itu.

“Bila dia pakat dengan PAS, boleh pulak. Bila kita pakat dengan PAS, dia menggelabah macam dirasuk hantu pulak,” kata Najib, dipetik dari laman facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Lim Kit Siang menganggap penyatuan kerjasama UMNO dan PAS akan menimbulkan suasana tidak tenteram dalam politik negara.

“Bayangkan apakah yang akan berlaku selepas ini? Politik toksik mengaitkan agama dan bangsa akan meningkat ke satu tahap yang tidak pernah langsung di lihat dalam dunia politik Malaysia,” kata Lim Kit Siang menerusi tulisan di blognya hari ini.

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

Dalam tulisan yang sama Lim Kit Siang turut berharap penyatuan ummah UMNO dan PAS itu tidak akan bertahan lama dan akan putus sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sekiranya kerajaan PH mampu melaksanakan ini dengan juga berpandukan dengan janji manifesto pada pilihan raya lepas, perikatan antara Pas-UMNO ini goyah dan putus sebelum PRU-15 kelak,” katanya.

Sebelum itu, tiga Ketua Pemuda parti komponen PH terdiri daripada DAP, PKR dan PPBM menyeru pucuk pimpinan PH supaya tidak mengulas isu penyatuan UMNO dan PAS yang mereka sifatkan sebagai membuang masa.

“Ia tidak sesekali menimbulkan kehairanan kepada Pemuda Harapan. Maka, tumpukanlah sepenuh masa dan usaha PH kepada rakyat dan negara,” kata kenyataan rasmi tiga Ketua Pemuda PH itu semalam.

Sementara itu, dalam hantaran terbaru di Facebook, Najib berkata PH terutama DAP dan Amanah tidak perlu meroyan dengan kejayaan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS.

“Himpunan bersama PAS dengan UMNO bukan perkara baru. Pada bulan Disember 2016 kita juga pernah berhimpun demi Solidariti Ummah di Stadium Titiwangsa.

“DAP dan Amanah tak perlu terkejut atau meroyan,” ujarnya merujuk kepada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang berlangsung tiga tahun lalu. – SuaraTV

Lain-lain berita;

Video: Viral Raja Permaisuri Agong Singgah Berhenti Makan Mi Bandung

DAP Bimbang Kerjasama UMNO, PAS Bakal Gugat PH – Dr Teo Kok Seong

Hanya Hantu Penjajah & Melayu Kuda Tunggang Benci Perpaduan Ummah – Abdul Hadi

Kenyataan Lim Guan Eng Menghasut, Bakar Kebencian Kaum – Wee Ka Siong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.