Hanya Hantu Penjajah & Melayu Kuda Tunggang Benci Perpaduan Ummah – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Sekarang Malaysia sudah merdeka namun hanya pada jasadnya kerana ‘hantu-hantu penjajah Eropah’ masih berkeliaran merasuk pemikiran rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hantu-hantu penjajah itu begitu bencikan perpaduan Melayu dan paling marah apabila Himpunan Penyatuan Ummah 2019 (HPU2019) dianjurkan.

“Insya-ALLAH kehadiran sahabat kita daripada kalangan bukan Melayu dan bukan Islam dapat menjernihkan keadaan. Namun keadaan yang cerah sebenarnya perlu melalui perubahan semula landskap negara.

“Ia telah dirosakkan makhluk-makhluk perosak yang masih berkeliaran ini sama ada dalam kalangan bukan Melayu yang salah faham atau Melayu yang menjadi kuda kayu yang ditunggang.\

Terkini! Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

“Kaum lain bukan Melayu dan bukan Islam sepatutnya tidak merasa khuatir dengan adanya jaminan keadilan dan hak mengikut al-Quran yang wajib diimani oleh penganut Islam dan ditegaskan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menandatangani Piagam Muafakat Nasional bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pagi semalam.

Tambah Abdul Hadi, perkara dibimbangi sekarang adalah keberanian melulu dalam kalangan parti politik dan individu yang menunjukkan sikap mencabar kedudukan Islam, hak istimewa orang Melayu, bumiputera dan Raja-raja.

“Situasi itu boleh mencetuskan ketegangan yang merosakkan hubungan yang telah terjalin dengan baik. Begitu juga kalangan orang Islam sendiri yang hilang jati diri Islam dan Melayu.

“Ia laksana tikus kekenyangan dalam kepuk padi atau semut yang bergelimpangan dalam gula. Mereka ini turut sama berperanan merosakkan konsep dominasi kaum yang memimpin bersama Islam.

“Rakyat pelbagai kaum hendaklah menolak ‘makhluk perosak’ ini dalam pilihan raya yang akan datang,” tegas beliau.

Video: Hari Ini Dalam Sejarah, Lagu Rasmi UMNO, PAS Berkumandang Di PWTC

Dalam ucapan sama, Ahli Parlimen Marang itu menegaskan teori ‘Malaysian Malaysia’ dengan alasan menzalimi kaum lain adalah ajaran salah.

“Fahamlah di sini bahawa alam Melayu telah dicipta ALLAH, seperti juga alam bangsa lain.

“Cita-cita mahu menghapuskan bangsa, laksana mahu menghapuskan matahari dan bulan yang tidak mungkin dicapai oleh tangan manusia yang kakinya berpijak di bumi dan melihat ke angkasa lepas dengan pandangan yang terbatas,” katanya.

HPU2019 mencatat sejarah baharu arena politik negara apabila dua parti Melayu terbesar di Malaysia, UMNO dan Pas sekali lagi menjalinkan kerjasama selepas ‘berpisah’ selama puluhan tahun.

Penyatuan itu dikuatkan lagi dengan pemasyhuran Piagam Muafakat Nasional yang dipersetujui pemimpin tertinggi kedua-dua parti sekali gus bakal mencorak hala tuju baru UMNO-Pas selepas ini. – Sinar

Lain-lain berita;

PH Pertikai Kerjasama, Dakwa UMNO dan PAS Akan Cetus Perkauman Melampau

Bob Lokman Teruja Penyatuan Kerjasama UMNO dan PAS Jadi Kenyataan

Muafakat Nasional Pilihan Utama Ganti Kerajaan Kakistokrasi

Mat Sabu Dakwa PH Tak Terjejas Dengan Kerjasama UMNO dan PAS

Gema Laungan Takbir Sambut Kerjasama Rasmi UMNO, PAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!