Gambar Kelibat Lembaga Putih Di Menara Jambatan Angkat Tular Di Media Sosial

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang netizen menularkan sekeping gambar yang menampakkan ‘sesuatu’ berwarna putih di menara jambatan angkat menarik perhatian ramai.

Gambar yang dirakam pada waktu malam itu pada awalnya dikongsi menerusi aplikasi pesanan mudah alih WhatsApp sebelum tular menerusi Facebook semalam.

Tangkap layar gambar yang dimuat naik beserta pertanyaan ‘betul dok nii’ (betulkah ini) mengundang pelbagai reaksi.

Hantaran itu mendapat sebanyak 237 reaksi, 219 komen dan 19 perkongsian selepas tiga jam ia ditularkan di sebuah grup di media sosial berkenaan.

Terkini! Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

Menurut seorang netizen, Ayiee Trendalee memberikan reaksi menyatakan kawasan jambatan itu ‘keras’ malah pernah meragut nyawa anak saudaranya.

“Situ (di situ) kan muara, arwah anak saudara ambe (saya) lemas 15 tahun lepas jumpe line (kawasan) situ esok kang (keesokannya),” tulisnya.

Selain itu, pelbagai lagi reaksi diberikan malah ada antaranya menyifatkan gambar itu adalah gambar yang disunting.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan ia adalah gambar sebenar serta beranggapan tidak boleh menidakkan kewujudan makhluk halus.

“Bukan karut tapi kita kena caya (percaya) ke bende ghaib,” tulis Razali Ahmad.

Sementara itu, netizen menggunakan nama Mudoh Basoe II berkata makhluk halus wujud di muka bumi ini.

“Bukan masalah cayo (percaya) ko (atau) dok (tidak) bos. Tapi bendo (benda) gini (begini) wujud atas muko (muka) bumi ni. Dio (ia) pom (pun) makhluk jugok (juga),” tulisnya. – Sinar

Lain-lain berita;

Skim Pencen Tiada Lagi Mulai 2020, Jimatkan Belanja Kerajaan – KP JPA

Hanya Hantu Penjajah & Melayu Kuda Tunggang Benci Perpaduan Ummah – Abdul Hadi

PH Pertikai Kerjasama, Dakwa UMNO dan PAS Akan Cetus Perkauman Melampau

Bob Lokman Teruja Penyatuan Kerjasama UMNO dan PAS Jadi Kenyataan

Muafakat Nasional Pilihan Utama Ganti Kerajaan Kakistokrasi

Mat Sabu Dakwa PH Tak Terjejas Dengan Kerjasama UMNO dan PAS

Gema Laungan Takbir Sambut Kerjasama Rasmi UMNO, PAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.