Zuraida: Rafizi bangkit isu tak relevan menjelang pemilihan parti

SHAH ALAM – Serang-menyerang di antara kem-kem dalam PKR semakin hangat khususnya melibatkan kem Timbalan Presiden PKRnDatuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pencabarnya Rafizi Ramli.

Ia terbukti apabila Rafizi menerusi sebuah video yang dipercayai dirakam semasa perjumpaannya dengan ahli akar umbi PKR.

Rafizi dalam rakaman tersebut berkata penyandang Azmin dan Ketua Wanita parti itu Zuraida Kamaruddin adalah pemimpin yang menolak pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Walaubagaimanapun Zuraida ketika ditemui pemberita hari ini menyelar Rafzi dan menganggapnya tidak matang dalam berpolitik dengan membangkitkan isu yang tidak relevan.

“Apa isunya dia nak bangkitkan isu itu? Saya tak nampak relevan dia membangkitkan isu itu,

“Itu cara dia yang kalau saya rasa berkempen cara orang yang tidak matang. Saya lebih suka politik matang. Jadi tak apalah, tinggalkanlah orang yang tak matang,” katanya dipetik sebagai berkata.

Zuraida dalam pada itu berkata Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sungguhpun calonnya bukan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tapi apa-apa pun tiap-tiap pilihan raya kita tidak boleh ambil remeh kita kena tetap bekerja keras sama ada Anwar Ibrahim atau sesiapa pun kita kena kerja keras, kita harus menang,” ujarnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.