VIDEO: Zahid Hadir Muktamar PAS ke-64

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Muktamar PAS ke-64 yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pagi ini dihadiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku undangan khas.

Kehadiran Zahid dan juga beberapa pemimpin UMNO lain adalah sebagai sokongan moral kepada parti PAS selepas menerima undangan jemputan rasmi dari pemimpin-pemimpin parti Islam itu.

Zahid minggu lalu berkata, beliau akan memberikan sokongan kuat kepada parti PAS dalam merencanakan politik di negara ini juga sebagai langkah usaha bekerjasama antara UMNO – PAS seperti pada tahun 1974.

Malah, beliau menyatakan semua komponen parti tidak perlu gusar dengan kerjasama yang bakal terjalin antara dua parti ini kerana UMNO serius dalam konsep Tabayyun (teliti dan yakin).

Inilah permulaan Tahaluf Siyasi (perjanjian persefahaman politik) bagi PAS dan UMNO yang akan bakal UMNO dan PAS terjemahkan demi agenda yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.