Najib Menyesal Tak ‘Tiru’ Guan Eng

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan kekesalan kerana tidak ‘meniru’ pendekatan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menghebohkan bahawa lima jenama kereta turun harga ekoran pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Najib berkata, beliau sepatutnya membuat perkara yang sama iaitu 

membuat kenyataan akhbar khusus sebaik cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 2015 yang akan menyebabkan harga semua kereta turun.

“Selain harga turun apabila GST menggantikan SST pada tahun 2015, kerajaan BN di bawah saya juga memansuhkan cukai impot untuk kereta dari Jepun dan memberi insentif EEV yang banyak mengurangkan harga kereta yang jimat petrol,” katanya dalam Facebook beliau.

Najib turut melampirkan artikel laporan-laporan berita mengenai setiap jenama kereta yang turun harga dengan GST pada tahun 2015 di catatannya itu dan berharap agar pengguna Facebook akan dapat membaca laporan berkenaan.

Tambah Najib, tidak seperti pelaksanaan GST, ada juga kereta yang naik harga dengan SST tetapi tidak disebut Guan Eng dalam kenyataannya.

Pada 11 September lalu Guan Eng ketika mengumumkan lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda, Toyota, BMW, dan Volkswagen.

“Selepas PRU14, saya ada tonton klip video Datuk Ahmad Maslan di mana beliau berkata bahawa harga akan turun dengan GST.

“Sebenarnya, Datuk Ahmad betul kerana memang ada barang yang alami penurunan harga apabila GST dilaksanakan seperti kereta, alat ganti, tayar, minyak pelincir, perabot, alat-alat elektronik dan lain-lain,”katanya. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.