Kerjasama MIC-PAS Untuk ‘Malaysia Yang Makmur’

KUALA TERENGGANU – Kerjasama antara MIC dengan bekas seteru, PAS bertujuan ke arah “Malaysia yang makmur”, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri SK Devamany.

Beliau mengetuai rombongan pemimpin MIC, termasuk Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan, menghadiri Muktamar Tahunan Kali ke-64 PAS di sini hari ini.

“Kami sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai semangat Bangsa Malaysia, demi pembangunan, perkongsian kekayaan dan kerjasama politik.

“Kepimpinan parti mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur. Kehadiran kami di sini pula adalah untuk menyatakan hasrat MIC untuk bekerjasama (dengan PAS) ke arah Malaysia yang lebih makmur,” kata Devamany kepada pemberita.

Selain MIC, turut hadir di Muktamar itu adalah pemimpin dari Umno, Parti Cinta Malaysia dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Mewakili Umno adalah presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.