Golongan Mencabar Perlembagaan, Islam Semakin Bebas – Hadi

KUALA TERENGGANU  – Rakyat hari ini berhadapan dengan keadaan yang genting apabila golongan yang mencabar asas perlembagaan dan Islam semakin berani menzahirkan diri serta bergerak bebas tanpa pengawalan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, suara-suara sumbang tersebut mencabar institusi agama, istana, dan hak bumiputera.

Malah beliau berkata, gerakan yang memperjuangkan fahaman liberal; mazhab yang menyeleweng dan hubungan sejenis dilihat tanpa berselindung memperlihatkan diri mereka kepada masyarakat.

“Pas menghadapi cabaran kerana terus beristiqamah untuk menyelamatkan masyarakat dengan Islam; menghadapi penganut Islam yang tenggelam di dalam kejahilan beragama, dan kalangan bukan Islam yang tenggelam dalam kekeliruan dan fitnah ‘Islamofobia’.

“Masyarakat kini meletakkan masalah diri dan menjadikan isi perutnya sebagai keutamaan (Aulawiyyat).

“Petunjuk agama dan akal hanya sampingan, kerana cengkaman kejahilan agama, tertumpu keutamaan kepada kepentingan kebendaan seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, dan keselamatan jasad yang berkiblatkan hidup duniawi sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden yang bertemakan Islam Memimpin pada majlis perasmian Muktamad Tahunan Pas Ke-64 di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua cabaran itu menuntut Pas untuk melipat-gandakan persediaan dan tindakan secara berstrategi. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.