Abang Kosmetik Dikecam Lagi Gara-gara Terlajak ‘Seksi’

SHAH ALAM: Belum lagi reda dikritik ekoran lagu ‘Bobo Di Mana’, jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi dikecam netizen.

NKali ini, gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik di akaun Instagram beliau. 

Gambar tersebut yang dimuat naik dengan kapsyen ‘Ada rupa pelancong tak?’ itu menunjukkan Aliff berposing dengan mengenakan pakaian santai, namun kelihatan janggal kerana ia seolah-olah menampakkan bahagian alat sulit Aliff sedikit menonjol.

Disebabkan terlalu ‘menarik perhatian’, posting tersebut dibanjiri dengan komen-komen netizen yang mengecam tindakan ahli perniagaan itu kerana tidak teliti sebelum memuat naik sesuatu gambar.

 

 

Terdapat juga netizen yang menyarankan agar ahli perniagaan yang terkenal dengan gelaran Abang Terlajak Laris itu agar membuang gambar berkenaan bagi mengelakkan fitnah.

 

 

Sebelum ini, Aliff teruk dikecam gara-gara lagu ‘Bobo Di Mana’ yang turut menampilkan Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna dikatakan mengandungi unsur-unsur lucah dalam klip videonya dan tidak sesuai untuk tontonan umum. 

Klip video lagu tersebut setakat ini merekodkan lebih enam juta jumlah tontonan di Youtube, namun ia turut menerima lebih 300,000 tanda tidak suka (dislikes). -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.