Warga Emas Tidur Nampak Bulan, Bintang

SUNGKAI – Seorang warga emas tidak menyangka doanya untuk bantuan menukar atap rumah makbul apabila menerima bantuan menerusi program baik pulih rumah di bawah projek touch point Parlimen Tanjung Malim.

Zaiton Ismail, 65, berkata, keluarganya tidak mampu menukar bahagian atap yang bocor kerana kekangan kewangan.

“Jika dulu, bila tidur kami anak beranak boleh nampak bintang dan bulan bila malam sebab atap bocor.

“Bukan itu saja, bila hujan jenuh kami tadah dan lap air,” katanya, lapor Sinar.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Sebanyak 10 rumah dalam Parlimen Tanjung Malim terpilih dibaiki pada program itu.

Zaiton berkata, apabila diberitahu rumahnya terpilih dibaik pulih, dia bersyukur kerana doanya dimakbulkan.

Katanya, kerja-kerja baik pulih bahagian atap dijalankan pertengahan Ogos lalu oleh kontraktor terpilih.

“Ini buah tangan terbaik buat kami sekeluarga tahun ini, terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu kami sekeluarga,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.