Video: Pemandu F1 Makan Durian, Netizen Sibuk ‘Claim’ Asal Durian Dari Negara Mana

Netizen Malaysia, Indonesia dan Thailand berdebat diruangan komen halaman Facebook pasukan Formula 1 (F1) Red Bull Racing (RBR) apabila dua pemandu pasukan tersebut, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen mencuba ‘raja buah’ itu buat pertama kali di Singapura.

RBR menerusi video yang dimuat naik memaparkan Daniel dan Max dijamu durian dan menurut reaksi yang ditunjukkan, kedua-dua mereka nampaknya tidak pernah menjamu apatah lagi cuba untuk mengupas buah berduri berkenaan.

Mereka dibekalkan ‘tool box’ lengkap dengan pelbagai alat pertukangan termasuk gergaji, pemutar skru, tukul besi, playar dan pelbagai lagi alat dalam cabaran untuk mengubas buah berkenaan.

Max tanpa berlengah mula menggergaji tangkai durian namun menyesal tidak lama kemudian kerana tidak tahu bagaimana untuk mengupas durian tersebut yang diselaputi duri disekelilingnya.

“Oh tidak, saya tak tahu nak pegang dimana,” kata Max sambil ketawa.

Mula tertekan, dan pelbagai cubaan untuk membuka buah berkenaan gagal – termasuk ‘menyucuknya’ menggunakan kaki kerusi – Max kemudiannya mula mengetuk menggunakan penukul besi sebelum menghempasnya ke lantai.

Daniel yang lebih banyak memerhati kemudiannya mengambil buah yang dihempaskan dari lantai dan mungkin sudah retak, beliau berjaya mengupasnya dan kedua-duanya merasai durian buat pertama kali.

Namun akibat tidak biasa dengan rasa dan bau durian yang kuat, Max dan Riccardo hampir muntah akibat rasa loya. Nyata pengalaman itu sesuatu yang unik bagi kedua-dua pemandu F1 profesional berkenaan.

Namun, disebalik kelucuan telatah pemandu Australia dan Belanda itu, komen ditinggalkan di halaman Facebook juga tidak kurang hebatnya.

Diruangan komen, netizen Malaysia, Indonesia dan Thailand masing-masing berebut untuk mendakwa durian berasal dari negara masing-masing.

Pengguna Facebook dengan nama Kritchai Meetim berkata durian adalah buah terbaik dari Thailand.

“Didalam klip ini mereka makan durian yang betul-betul masak (ranum) dimana Thailand makan durian separuh masak. Rasanya lebih sedap,” kata Kritchai.

Komen beliau dibalas seorang pengguna yang mendakwa durian Musang King dari Malaysia yang mempunyai rasa lebih sedap.

“Durian Thai selalu tidak habis di kedai,” katanya.

Kritchen kemudiannya membalas bahawa eksport durian sebenarnya bermula dari Thailand namun kebanyakan pengeksport tidak menjual durian yang berkualiti tinggi.

Netizen Indonesia juga tidak terkecuali mendakwa durian berasal dari negara mereka.

Ok. Mana nak cari durian sekarang ni? – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.