Suami Isteri Ini Sengaja Bakar Rumah Mereka untuk Mendapatkan Wang Insurans

Sepasang suami isteri di Adelaide telah didakwa kerana sengaja membakar rumah mereka semata-mata untuk menuntut wang insurans.

Krzysztof Kuchar, 48, dan Sarah Kuchar, 42, kedua-duanya dituduh membakar rumah i Falcon Street, Holden Hill, timur laut Adelaide pada Oktober 2011.

Mahkamah Daerah tempatan dimaklumkan bahawa minyak petrol sengaja dituangkan ke seluruh rumah dan letupan dari rumah itu begitu kuat sehingga ia terpelanting ke jalan dan merosakkan beberapa harta di sekelilingnya.

Menurut pendakwaraya, Kosmas Lesses, seorang lelaki yang berada di sebuah pesta yang berhampiran rumah itu mendengar letupan pada awal pagi dan melihat seorang lelaki yang cedera merangkak keluar dari serpihan rumah berkenaan.

“Lelaki yang merangkak keluar dari rumah itu dan berlari ke arah kereta itu adalah defendan, Krzysztof Kuchar,” katanya.

Lesses berkata, sebahagian tulang kaki Kuchar terkeluar dari kulitnya.

“Pasangan suami isteri itu bukan hanya kebetulan melalui kawasan itu mereka tidak ada di sana untuk tujuan yang bodoh.

“Mereka  membuat keputusan yang bodoh untuk membakar harta pelaburan mereka untuk menuntut polisi insurans.”

“Kuchar adalah orang yang membakar harta itu dan menyebabkannya meletup, sedangkan isterinya memainkan peranan klasik sebagai pemandu ketika melarikan diri,” kata Lesses.

Justeru kata, Lesses, jika Kuchar tidak melakukan kesalahan itu, jika dia berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah, mengapa isterinya mengiringi Kuchar  ke Wangaratta untuk rawatan perubatan.

Mahkamah juga mendengar kenyataan itu, Kuchar memberitahu doktor di hospital di Wangaratta bahawa kakinya cedera akibat kemalangan motosikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.