Scarlett Johansson,Suami Sah Bercerai

NEW YORK – Pelakon Scarlett Johansson dan suaminya, Romain Dauriac sah bercerai setelah hampir setahun menjalani proses penceraian.

Menurut USA today, bagaimanapun pasangan berkenaan masih merebut hak pengajaan anak mereka , Rose Dorothy berusia 3 tahun, lapor RTM.

Johansson mahu anaknya itu tinggal bersama di New York, sementara Romain beranggapan Rose lebih selamat dan selesa tinggal di Perancis bersamanya.

Menerusi sebuah wawancara bersama Romain, beliau berharap agar Johansson membatalkan penceraian demi anak mereka.

Johansson dan Dauriac berkahwin secara rahsia pada 2014, selepas menyambut kelahiran, Rose.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.