Noh Salleh Tersentuh Ditanya Soal Anak

Umum mengetahui Noh Salleh dan Mizz Nina telah pun mendirikan rumah tangga enam tahun lalu, pada 1 Julai 2011.

Namun, sepanjang pernikahan mereka, pasangan ini sering diajukan soalan mengenai cahaya mata.

Sudah tentu mereka juga sentiasa menantikan rezeki cahaya mata dan berdoa agar dikurniakan zuriat sendiri apatah lagi melihat rakan-rakan lain sudah mempunyai anak.

Noh akui tertekan apabila sering diasak dengan soalan yang sama berulangkali dan dia juga berkata hati lelakinya mudah terusik bila diajukan soalan itu.

“Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak.

“Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya,” katanya memeyik MH.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Angin Kencang ini baru sahaja melancarkan album barunya yang diberi judul, EP.

https://youtu.be/NbKw5LwPH_s

Ia merupakan lanjutan daripada albumnya yang pernah dilancarkan pada tahun 2014 yang lalu.

Noh juga memaklumkan akan mengadakan siri Jelajah Album Angin Kencang di beberapa buah negeri bermula di selatan iaitu di Pasar Karat, Johor Bharu pada 17 September dan Taming Sari, Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.